Bitchings Galore!

Thursday, August 31, 2006

Merdeka HooOOOoooooOOo!

Seperti biasa, saya akan menulis belog saya dalam bahasa kebangsaan kita, iaitu Bahasa Malaysia, pada setiap Hari Merdeka. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada CnetG kerana memilih hari ini (Aug 30) untuk menemuramah saya. Oleh sebab ini, saya dapat juga menyambut Hari Merdeka di Kuala Lumpur. Seperti mana yang saya telah diberitahu, sambutan di Melaka agak kurang meriah. Ashwin telah menganjur yam cha di ayam golek Pantai Kundur tetapi terpaksa membatalkan rancangan itu kerana sambutan yang tidak memuaskan. Pom pom pom.

Saya pula berasa amat bertuah kerana dapat menyambut Hari Merdeka di Ikano dengan Allen dan Stella. Pertunjukan bunga api di Ikano berlangsung selama 10 minit dan pertunjukan itu cantik sekali. Saya tidak dapat mengambil foto kerana kamera saya telah rosak dan telah dihantar untuk dibaiki. Sebenarnya, saya juga tidak ada masa untuk mengambil foto kerana saya sedang sibuk mencuci mata saya sepenuhnya. Jika anda tidak percaya, anda boleh menanya Allen dan Stella tentang ini. Muahahahahahahaha. Selepas pertunjukan bunga api, kami pergi ke restoran nasi kandar yang berdekatan untuk mengisi perut kami dan juga untuk menyambung sesi cuci mata kami. Saya berasa amat kesian untuk Ashwin yang sedang bosan duduk di rumah kerana tidak dapat menyertai kami untuk menikmati keindahan alam semula jadi. :)

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka Ke-49 kepada semua warganegara Malaysia. Semoga Tuhan senantiasa merahmati tanah tumpahnya darahku.

3 Comments:

At 3:05 am, Blogger Stella said...

don't buli ass! lol!!!

MERDEKA MERDEKA MERDEKA!

 
At 11:23 pm, Anonymous Anonymous said...

Yalor damn kesian dibatalkan. And I totally forgot about it. Heh!

 
At 11:25 pm, Blogger Wong Jade Yenn said...

Esei kamu tiada kesinambungan. Terdapat ayat songsang. Tambahan pula, esei kedengaran seperti diterjemahkan drpd bahasa ingeris kepada bahasa melayu.

 

Post a Comment

<< Home