Bitchings Galore!

Monday, August 29, 2005

Selamat Hari Merdeka

Tarikh 31 Ogos merupakan tarikh amat bermakna kepada setiap warganegara Malaysia. Pada hari ini, setiap satu daripada kita akan mengingati usaha Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya yang telah membebaskan negara kita daripada penjajahan British. Generasi muda sekarang tidak berapa menghargai apa yang telah dicapai oleh Tunku kerana kita belum lagi dilahirkan apabila negara kita menderita dibawah kekejaman Jepun dan juga penjajahan British. Jika kita menanya generasi yang berusia 50 tahun dan lebih, mereka akan menceritakan kesusahan yang dialami pada masa itu dan betapa bermaknanya pencapaian merdeka kepada mereka. Saya akui, sebelum ini saya juga bersikap sambil lewa tentang hari merdeka tetapi setelah membaca artikel-artikel dalam surat khabar dan juga buku-buku, saya mula berterima kasih kepada Tunku dan rakan-rakannya kerana tanpa mereka, kita masih akan berada dibawah jajahan negara lain.

Saya tahu bahawa banyak rakyat Malaysia yang berkata negara kita mempunyai banyak kekurangan, tetapi saya tidak setuju kerana Malaysia adalah sempurna dalam semua segi. Apa yang mungkin tidak sempurna dan mempunyai kekurangan adalah kerajaan dan polisi-polisi yang anehnya. Akan tetapi, mana satu negara yang mempunyai kerajaan yang sempurna? Oleh itu, saya percaya setiap rakyat Malaysia mencintai negaranya tetapi tidak semestinya kerajaannya. Negara ini memberi peluang kepada setiap penduduk untuk mendapatkan pendidikan dan juga bekerja. Negara ini menjadi tempat tinggal masyarakat pelbagai kaum, agama dan keturunan. Meskipun kita mempunyai kebudayaan dan kepercayaan yang berlainan, kita masih hidup dalam keadaan aman dan damai dan berasa selesa dengan satu sama lain. Kita telah menghadapi pelbagai cabaran dan mengatasi semua cabaran ini bersama sebagai satu bangsa dan satu negara. Semua cabaran masa depan akan diatasi dengan cara yang sama, sebagai satu bangsa Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.

Lantaran itu, saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang anak Malaysia. Saya cintai negara ini dan akan menumpahkan darah dan menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kedaulatannya. Saya berasa bangga membawa nama warganegara Malaysia. Saya masih mengingati perasaan terharu apabila kapten penerbangan MAS mengumumkan "kepada semua rakyat Malaysia, selamat pulang" kepada kami semua. Ini adalah kerana walau apa pun yang terjadi, Malaysia tetap menjadi tanahair saya dan tempat kepulangan saya.

Oleh itu, pada setiap hari kebangsaan, saya akan berdoa kepada Tuhan untuk merahmati tanah tumpahnya darahku dan semoga tanahairku kekal aman dan damai. Saya juga mengingati pahlawan-pahlawan negara yang telah berjuang menitiskan peluh, menumpahkan darah, dan mengorbankan nyawa untuk membebaskan Malaya dan membentuk negara baru yang agung iaitu Malaysia.

Terdapat satu lagu patriotik yang amat bermakna kepada saya dan saya ingin mengongsinya bersama anda semua. Saya diajar menyanyi lagu ini semasa saya belajar di tadika. Pada masa itu, saya hanya menyanyi tanpa memahaminya tetapi sekarang saya dapat menghayati makna setiap satu liriknya.

Setia

Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara


Selamat Hari Merdeka Ke-48 kepada semua rakyat Malaysia.



8 Comments:

At 1:39 pm, Blogger -m- said...

*reads the first few lines*

*yawnnnnn*

*zzzzzz*

*ring ring*

ah? oH?! i fell asleep.. *rubs drool off*

 
At 1:41 pm, Blogger -m- said...

*golek golek lafing*
wei!! why so semangat la u?! now i wonder when I'm gonna post in BM! ;p

 
At 1:59 pm, Anonymous Anonymous said...

it's cos i'm damn proud to be a Malaysian and i'm damn proud to call this place home...no place else can ever replace it.

 
At 12:35 pm, Anonymous Anonymous said...

boorrrinnngg nyeerr :)

 
At 10:34 pm, Blogger cutie_rocker83 said...

Kalau boring, janganlah baca..tak orang paksa apa. Usah menyeksa diri. Tak ada perasaan cintakan negara kot.

 
At 2:00 am, Anonymous Anonymous said...

alah....sensitive betul la...relac la....

 
At 2:03 am, Anonymous Anonymous said...

blogging in BM means patriotic ka...? apa ni...

 
At 2:14 am, Anonymous Anonymous said...

it's not about the language used...it's about that feeling in your heart...anyway i didnt say one has to blog in bm to be patriotic

 

Post a Comment

<< Home